janganlah kamu berhenti berjuang selagimana Islam tidak tertegak di atas bumi ini, sesungguhnya Allah tidak begitu mengalukan "penonton" yang budiman ke syurgaNya.
Saturday, July 30, 2011
marhaban ya Ramadhan
Ramadhan al Karem menjelang lagi.. sungguh syukur perlu diucapkan pada Allah atas keizinan dan limpah kurniaNYA masih lagi kita ini diberi kesempatan untuk merasai bulan barakah itu sekali lagi. Sungguh, Allah telah menjanjikan pelbagai kelebihan di dalam bulan Ramadhan ini.. salah satu hadis yang kira-kira bermaksud "permulaannya itu merupakan rahmat, ditengahnya makrifah dan pengakhirannya itu pula adalah itqun mina annar."
Terlalu banyak kelebihan dan kebaikan Allah telah janjikan dan akan dikurniakan kepada golongan yang menerima kedatangan Ramadhan ini dengan penuh pengharapan tetapi malangnya manusia di zaman moden ini menerima ramadhan dengan hanya memikirkan berkenaan penjanaan ekonomi. Sebagai contoh yang popular di dalam akhbar adalah penambahan masa operasi kelab malam yang telah diluluskan oleh mesyuarat exco kerajaan negeri Melaka pada bulan ramadhan. Sukar saya gambarkan, dimana di negeri Kedah, menteri besar YAB Ustaz Azizan telah mengehadkan tahap operasi hanya kepada bukan islam. perkara itu dijalankan oleh kerajaan Melaka adalah hanya kerana untuk mempertingkatkan lagi ekonomi negeri. Sesungguhnya Alhadis telah menerangkan dengan sejelas-jelasnya.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.
Ada sesetengah pihak yang lain pula 'terlebih advance' iaitu telah pun meraikan syawal. Ramadhan baru nak masuk, syawal pula yang terletak di dalam hati. Beringatlah! kita belum tahu lagi kita dapat menghabiskan ramadhan pada tahun ini ataupun tidak. sebelum datangnya ramadhan kita digalakkan berdoa " YA Allah, Bekatilah aku pada rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah daku kepada ramadhan". Kenapa kita menunggu pahala yang belum tahu lagi sampai dengan meniggalkan pahala yang berada di hadapan mata? oleh itu beringatlah wahai hati-hati ini bahawa ramadhan itu merupakan madrasah bagi membentuk kembali hati yang selalu bergolak selama setahun ini. marilah sama- sama memanfaatkan ramadhan yang akan mengunjung tiba ini dengan sebaiknya iaitu menggunakan dengan semaksimum mungkin masa selama 24 jam ke arah mentarbiah diri kearah membentuk fadhul muslim yang terbaik..
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment