tup tap tup tap.. kita dah tiba di penghujung ramadhan, ramadhan akan pergi syawal akan mari. tapi berapa ramaikah yang hatinya masih berada di dalam bulan ramadhan dan berapa ramaikah hatinya sudah masuk ke dalam bulan syawal walaupun pada hakikatnya ramadhan masih lagi berbaki berberapa hari.teringat akan tazkirah yang disampaikan dari paklong(ustaz zainul asri)
Dalam bulan ramadhan ni kalau kita betul-betul meraikannya, kita akan khatam Quran sekurang-kurangnya 2 kali, tahajud tidak akan missed, tarawih penuh. dan yang paling menyentuh perasaan aku adalah sapa2 yang belum menangis dalam bulan ramadhan ni atas dosa2 yang pernah dia buat belum sampai tahap.
Pak long sambung lagi.. dia bagitau lagi.. orang yang mendapat AlQadar ni bukan sekadar dia tak tidur malam 2.. beribadah, berqiyamullail n berkitabullail n berdoa sakan,... x cukup setakat tu kata pak long.... kalu cam 2.. ramai yang dok wat... tapi AlQadar yqng spesial ni mesti dapat pada orang yang spesial gak..
kata paklong.. orang yang yang mendapat alQadar ini adalah orang yang mencapai tahap paling ruhiyyahnya pada Allah swt... pada maqam 2 seolah-olah dia sedang berbicara dengan Allah swt...
Apa yang lebihnya amalan aku dalam bulan ni, orang tarawih aku tarawih, orang bca quran aku baca, orang pertingkatkan thaqafah aku sama, tapi amalan lain?? Ya Allah, macam mana nak sampai tahap yang di idamkan sedangkan diri tidak dipaksa dengan sesungguhnya utk buat. Ada satu qaul mengatakan, manusia ini kalau tak dipaksa, dia tak mengeluarkan keupayaan diri yang sebenar.
Teguran dan peringatan keras ini aku tujukan untuk diri ini dan rakan- rakan supaya kita juga dapat sampai ke maqam yang tertinggi, supaya hasil tarbiyah ramadhan terhadap diri ini dapat menterjemahkan perlakuan dan tindakan yang terpuji selepas ni. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment