Friday, November 16, 2012

ATOM - TEORI SUDAH LAMA DIKHABARKAN, TAPI...


Pada zaman dahulu, teori atominisme yang telah diketengahkan oleh seorang Greek bernama Democritus pada 2300 tahun dahulu telah dipakai oleh manusia. Mereka percaya unit paling kecil adalah atom. Walaubagaimanapun saintis pada abad ke-20 melalui hasil kajian mereka mengatakan zarah atom kini boleh lagi dipecah-pecahkan dan dibahagikan, Sebagai contohnya teknologi nuklear yang telah dibangunkan pada abad ini. Namun pada zaman Rasullullah, ilmu berkenaan perkara ini belum berkembang dan dipelajari di tanah arab. Oleh itu, benda yang paling kecil diketahui oleh umat di tanah arab pada ketika itu adalah biji sawi. Seperti di dalam firman Allah di dalam surah Az-Zalzalah ayat 7 dan 8..

(7).  Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar bijih sawi, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. (8).  Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar bijih sawi, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.





Surah saba ayat 3..

3.  Dan orang-orang yang kafir berkata: "Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami". Katakanlah: "Pasti datang, demi Tuhanku yang mengetahui yang ghaib, Sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu. tidak ada tersembunyi daripada-Nya sebesar zarrahpun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak ada (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)",


Bagi yang tidak mengetahui bijih sawi pula, ia adalah sejenis bahan yang selalu digunakan ketika memasak. Sebelum saya menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan atom ataupun zarah, eloklah saya menceritakan serba sedikit berkenaan atom atau zarah itu sendiri. Atom secara ringkasnya adalah benda atau struktur yang paling kecil dan asas kepada pembentukan sesuatu. Kayu, batu, besi dan juga orang, asasnya adalah dari sebiji atom yang telah dicantum dan digabungkan.

Jadi secara ringkasnya, Ayat AlQuran diatas menerangkan tentang kekuasaan Allah dan ditegaskan bahawa setiap perbuatan atau perlakuan atau kajian yang baik ataupun jahat dapat dilihat oleh Allah walaupun perkara itu sebesar zarah atom. Oleh itu ayat yang kedua itu dengan jelas menyebutkan tentang adanya unit yang lebih kecil daripada atom(zarah), satu fakta yang hanya dapat dibuktikan dan diketahui oleh fakta sains selepas abad ke-20. Bagaimana AlQuran yang diturunkan di kawasan penduduk yang tanahnya gersang dan tidak pernah tahu menahu berkenaan sains mempunyai ilmu yang menjangkaui zaman? Itulah Kalam Allah.. Fikir-fikirkanlah wahai manusia sekalian..



No comments:

Post a Comment