terngiang-ngiang lagi di fikiranku ketika menyambut bulan ramadhan yang lepas, pengalaman yang tidak dapat aku lupakan di mana pengalaman ini berpotensi untuk mengajar diriku ini mendalami kemahiran insaniah di dalam hidup. Pada Hujung minggu itu, aku membantu ayah aku bersama abangku mengait petai di kebun ayahku di pokok sena. Adapun pokok jumlahnya 52, tetapi tidak semuanya berbuah banyak menyebabkan kami harus memilih pokok-pokok yang hanya berbuah matang. Alhamdullillah, jumlah semuanya yang kami mampu ambil hanyalah 400 papan.
jadi, disebabkan terlalu banyak yang dapat diambil, dan dah tak tahu nak bagi kat sapa dah, aku dengan abang aku bercadang nak berniaga. Almaklumlah, bila dah nama First time nak berniaga, bermacam- macam strategi yang dirancang, bermacam-macam soalan ditanya kepada orang, padahal nak berniaga tu hanyalah di pasar tani. Tapi takpa, KEJAYAAN BUKAN SENANG TUK DIKECAPI.
Pada keesokkan harinya, aku bersama abang aku keluar seawal pagi untuk mencari tempat di pasar tani dibantu bersama oleh nenek aku. sesudah sahaja sampai, dah banyak gerai yang dah dibuka. Cari punya cari, akhir sekali jumpa jugak bersebelahan pak cik yang menjual buah. Bila dah nama kali pertama berhadapan dengan masyarakat umum ni, ketar, menggigil, takut, resah dan macam- macam lagi yang ada dalam diri ni.
Alhamdullillah, tak sangka, memang dah Allah tentukan rezeki aku banyak tu, banyak tu sajalah. banyak gak pelanggan yang datang, dan yang datang tu pulak kebanyakannya orang cina. Banyak gak tunjuk ajar dari pakcik sebelah kami ini yang membantu melariskan lagi jualan kami.
moral value:
~ 9/10 dari rezeki adalah dari perniagaan, jadi janganlah kita takut dan khuatir jika kita nak mengamalkan sunnah ni dan takut akan kesahihan ini.
~kebaikan yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh keburukan yang tersusun, jadi seiap tindakan kita yang kita sudah maklum bahawa ianya sesuatu yang baik, maka hendaklah kita menyusun strategi dengan sebaiknya walaupun perkara itu disangka mudah.
~tenaga muda dan pengalaman dewasa, orang muda memang selalu semangat melakukan pekerjaan, tetapi perlu diingat, pengalaman dari yang lebih tua perlu diberi perhatian juga kerana pembelajaran daripada sejarah itu amatlah banyak kebaikannya.
~niat di hati, perkara yang paling mustahak untuk difikirkan bagi seorang peniaga kerana inilah menentukan kenapa, bagaimana dan apakah jenis perniagaan yang kita sedang atau akan jalankan. Adakah ia berlandaskan syariat atau tidak?.
No comments:
Post a Comment