Sekian lama aku memikirkan berkenaan perkara ataupun coretan apakah yang dapat aku nukilkan di sini untuk dikongsikan kepada manusia sejagat. Tapi, alangkah malangnya apabila hidup selalu bergelumang dengan benda lara’ menyebabkan diri ini amat sukar untuk memikirkan untaian hikmah hasil akibat daripada hati yang sudah lama tidak disucikan dengan perbuatan yang baik.
Kita seringkali mengatakan. Aku pergi ke kelas untuk mendapatkan ilmu. Tetapi malangnya tanpa disedari kita hanya mendapat maklumat daripada perkara yang dipelajari. Ramai orang sering samakan di antara maklumat dengan ilmu. Tetapi, hasil pengamatan aku terhadap tazkirah yang diberikan oleh seorang mahasiswa itu telah menambahbaikan lagi pemahaman aku terhapad konsep ilmu itu sebenarnya.
Pandangan aku, perkara sebegini semuanya bertitik tolak kepada apa yang telah diniatkan pada awal sebelum kita memulakan langkah kaki yang pertama untuk ke kelas. Jika kita niatkan diri kitake kelas hanya semata-mata untuk menempah kejayaan dunia seperti mendapat result yang terbaik, pekerjaan yang terjamin dan sebagainya, maka secara tidak langsung kita telah menafikan hak ilmu ke atas kita meskipun kita berjaya mendapatkannya.
Antara asbab yang utama aku berpandangan begitu adalah ilmu ini adalah cahaya yang menerangi diri bagi membentuk peribadi yang sejati berteraskan fitrah semulajadi berlandaskan Al Quran dan Hadis. Hal ini kerana, kekadang kita dapat melihat seseorang itu pandai mengira, berfikiran kreatif, tapi dia menggunakan untuk mencuri, seseorang itu pandai berbicara, tetapi menggunakan untuk menegakkan perkara yang salah, dan lain-lain lagi.
Sebab itulah pentingnya pengetahuan, dan pentingnya kefahaman atas pengetahuan, dan pentingnya kesedaran atas kefahaman dan terakhir sekali pentingnya penghayatan atas kesedaran.
Peringatan untuk diri sendiri yang sentiasa leka melakukan kesilapan dan sentiasa mahu untuk memperbetulkan diri. Wallahuallam..
No comments:
Post a Comment