Beberapa hari yang lepas, sewaktu drive kereta, dah tak tau nak pegi kemana, jd singgah la ke satu masjid. Teringat pula ceramah waktu isra' mikraj dulu, tentang falsafah yang tersirat pada kejadian israk mikraj itu. salah satunya ialah apabila kita hendak bermusafir atau melancong atau inggerisnya travelling, jangan sesekali lupa akan masjid. elok pula pada waktu itu kuliah sedang berjalan. Antara isi kuliah yang ingin saya kongsikan dan ingatkan kepada diri sendiri dan sahabat sahabiah adalah berkenaan dosa badan yang kita selalu ambil ringan.. perkara2 ini dirujuk dari kitab jawi melayu lama iaitu kitab salam mubtadi..
- membeli benda maksiat
- meletak AlQuran di atas lantai
- memudah mudahkan ilmu syar'ie
- membenarkan kanak2 yang belum mumaiyiz bermain dengan AlQuran
- meletakkkan sesuatu dijalan yang menyukarkan orang lain untuk bergerak.
- dapat keizinan untuk benda lain tetapi melakukan perkara yang lain.
- dapat amanah tapi diremehkan.
- berada di tempat mungkar. 'saja2'
- pergi kenduri tanpa diundang
- perempuan yang keluar rumah dengan bauan yang kuat dan perhiasan.
- tidak taat kepada pemimpin yang tidak suruh kearah kemungkaran
- menguasai harta anak yatim
- mengambil tauliyah tetapi sedar bahawa diri itu memang tidak layak
- bekawan dengan orang zalim
- bernazar tetapi tidak buat
banyak lagi perkara yang kita selalu remehkan tanpa disedari. ingat dan fikirlah kembali, apa tujuan kita hidup di dunia ini.. Contohilah para anbia dan ulama terdahulu....
No comments:
Post a Comment