Sunday, December 19, 2010

dunia baru....

Kalau dengar bab dakwah, bab-bab yang berkaitan dengan menyuruh kearah perkara baik dan mencegah kemungkaran ni, mesti kebanyakan muslimin dan muslimat di luar akan berpaling dan menyatakan ini semua geng2 masjid yang buat.

Ana bukannya faqih sangat dalam bab ini, tetapi ana ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian. Ana juga bukannya lama sangat berkecimpung didalam dunia baru ni iaitu "DUNIA PENDAKWAH". tetapi dalam tempoh masa yang sedikit itu pun dah banyak pengalaman yang dapat dikongsi dengan rakan2 yang lain dalam melakukan penambahbaikan dalam gerak kerja kita, sebab banyak perkara yang kita tak sedar apa kita buat..



yang pertama, bagi ana, kita perlu pegang pada prinsip...
antara prinsip yang ana pegang..
1.  islam itu mudah dan sempurna
2. bukan kita yang bagi hidayah tapi Allah
3. gerak kerja secara berjamaah
4. perbuatan lebih kuat dari percakapan
5. tidak ada assabiyah

ini antara prisip2 yang ana pegang setelah setahun lebih menjalani tarbiah oleh naqib.. kenapa prinsip2 tu yang ana pegang? yang 1. islam itu mudah dan sempurna... yang ni yang menjadi tunjang kepada kita untuk bergerak dengan lebih laju dan efisien lagi. sebab apa? seperti yang kita sedia maklum, banyak pakar psikologi tempatan telah membahaskan berkenaan bagaimana otak kita berfungsi, manusia ini akan menentang sesuatu jika dia tidak faham perkara tersebut. jadi, kaitannya dengan prinsip ana tadi ialah, uslub yang kita gunakan, bukannya hukum yang kita remehkan, tapi bagaimana kita menerangkan bagaimana hukum itu berkuatkuasa dengan uslub2 yang dapat diterima akal... kita boleh imbas kembali bagaimana cara Allah mengharamkan arak, bagaimana Allah menghapuskan sistem penghambaan..
yang kedua, bukan kita yang bagi hidayah tapi Allah, bab ini, ana ingin menegur diri ana dan juga rakan2 sekalian, kita ditugaskan hanya untuk menyampaikan, bukannya untuk menghukum orang lain. tindakan kita yang cuba menghukum itu ini, menyebabkan orang akan menilai diri kita dan bukannya apa itu islam.. sebab itu, kekadang kita rasa kita sudah menarik sahabat itu mendekati Allah, tetapi kakikatnya kita lebih menjauhkan sahabat itu dari Allah. sebab itulah, jika  kita berada di dalam "dunia baru "ni, bermuhasabahlah sebelum tidur, kerana itulah yang dilakukan oleh kebanyakan ulama'..

No comments:

Post a Comment