Friday, February 3, 2012

Aku dan novel

Entah bila, semenjak dua menjak ni aku semakin meminati novel-novel tempatan. Mungkin ramai sahabat sahabiah di sekeliling aku yang menyebabkan aku pun turut sama terpengaruh untuk meminati karya-karya sastera itu. tapi apa salahnya, sesekali bertukar angin dari buku-buku yang bersifat haraki dan motivasi kepada buku-novel, boleh tambah koleksi di perpustakaan aku di rumah.

Setelah aku menghabiskan buku demi buku, tetiba aku terfikir, setiap novel itu akan mengisahkan berkenaan seorang character masing-masing di dalam ceritanya dari awal hidupnya hingga ke penghujung, dan sudah pasti penghujungnya itu merupakan penghujung yang baik.

Pada novel itu telah menampakkan pengakhiran hayat seseorang kepada kita walaupun kekadang character itu hanya sengaja diwujudkan oleh penulis untuk memberi gambaran realiti kepada kita, tetapi bagaimana pula dengan kita? kita sangkakan pada hari ini kita sudah melakukan amal kebaikan dan kebajikan, tetapi adakah pada hari esok kita masih lagi dapat melakukan perkara yang sama.




Imam Al-Ghazali pernah berpesan.. Jika jumpa anak kecil, muliakan kerna mereka tiada dosa. Jika jumpa orang tua, muliakan kerna mereka banyak amal berbanding kita. Jika jumpa pelaku maksiat, muliakan kerna pintu taubat barangkali ada untuk mereka tetapi barangkali tidak untuk kita. Jika jumpa para alim, muliakan kerna mereka sangat dekat di sisi Allah. Kita tak ada apa-apa. Jangan perasan baik atau bagus. Jaga hati kita. Jaga hati.. 


Dari sudut plot pulak tersusun rapi jalan ceritanya sehingga kita begitu asyik sekali membaca dan membayangkan dengan angan-angan awan. Tetapi, di alam realiti dan fana ini, kita sendiri yang menentukan arah tuju hidup kita, kita yang memilih anatara kebaikan dan keburukan, kita yang akan memisahkan antara haq dan yang batil. Semua itu hanya dapat dilakukan sekiranya kita tahu matlamat kita hidup dui dunia ini, sekiranya kita betul-betul mengambil peluang kehidupan yang Allah kurniakan kepada kita, sekiranya kita betul-betul menggunakan nyawa yang dipinjamkan sekejap kepada kita.

Pengakhiran  sesuatu novel yang aku skimming and scanning setakat ini banyak yang berakhir dengan perkara yang baik yang terjadi pada character utama tu samada dia berjaya kembalikan sahabat-sahabatnya ke jalan Almustaqim ataupun dia telah melakukan sesuatu perkara yang amat berjasa pada orang lain. Tapi, adakah kita pernah memikirkan sedalam itu tentang pengakhiran hidup kita? Ya, memang kita belum pasti bagaimana pengakhiran kita, tetapi kita boleh berdoa.

"Doa adalah senjata orang mukmin"
"Percaya kepada rukun iman yang ke-6"
"Kita pasti mati- itu Qada"
"bagaimana kita mati- itu Qadar"

Qada itu sudah ditetapkan kata suma hidupan akan mati, tetapi Qadar itu dapat diubah dengan doa. Aku berpesan pada diri aku dan sahabat-sahabat sekalian.



4 comments:

  1. ramlee awang mursyid xsmpat bli g.. ssah nk cri.. agak ckit kt kedai2.

    ReplyDelete
  2. MPH banyak. Fiksyen 302 okey gak. banyak kene fikir.

    ReplyDelete
  3. mungkin mph2 yg trtntu n bsar je kot sng nk cari.. sbb mph sp n penang agak kurang..

    ReplyDelete