Friday, November 5, 2010

salam imtihan...


Bulan ini atau di waktu hujung tahun ini, almost semua universiti dan kolej universiti akan ada final exam. jadi ana ingin berpesan pada diri ini dan juga sahabat sahabiah sekalian supaya di samping kita tumpu untuk mengecapi nikmat duniawi pada masa hadapan, janganlah pula kita melupakan amalan yang boleh mengecapi

natijah solat tahajud..


    Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
    Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.