Thursday, August 25, 2011

Selamat Tinggal...

tup tap tup tap.. kita dah tiba di penghujung ramadhan, ramadhan akan pergi syawal akan mari. tapi berapa ramaikah yang hatinya masih berada di dalam bulan ramadhan dan berapa ramaikah hatinya sudah masuk ke dalam bulan syawal walaupun pada hakikatnya ramadhan masih lagi berbaki berberapa hari.teringat akan  tazkirah yang disampaikan dari paklong(ustaz zainul asri)

Saturday, July 30, 2011

marhaban ya Ramadhan


Ramadhan al Karem menjelang lagi.. sungguh syukur perlu diucapkan pada Allah atas keizinan dan limpah kurniaNYA masih lagi kita ini diberi kesempatan untuk merasai bulan barakah itu sekali lagi. Sungguh, Allah telah menjanjikan pelbagai kelebihan di dalam bulan Ramadhan ini.. salah satu hadis yang kira-kira bermaksud "permulaannya itu merupakan rahmat, ditengahnya makrifah dan pengakhirannya itu pula adalah itqun mina annar."

Tuesday, July 19, 2011

hakikat ilmu dan maklumat


Sekian lama aku memikirkan berkenaan perkara ataupun coretan apakah yang dapat aku nukilkan di sini untuk dikongsikan kepada manusia sejagat. Tapi, alangkah malangnya apabila hidup selalu bergelumang dengan benda lara’ menyebabkan diri ini amat sukar untuk memikirkan untaian hikmah hasil akibat daripada hati yang sudah lama tidak disucikan dengan perbuatan yang baik.
Kita seringkali mengatakan. Aku pergi ke kelas untuk mendapatkan ilmu. Tetapi malangnya tanpa disedari kita hanya mendapat maklumat daripada perkara yang dipelajari. Ramai orang sering samakan di antara maklumat dengan ilmu. Tetapi, hasil pengamatan aku terhadap tazkirah yang diberikan oleh seorang mahasiswa itu telah menambahbaikan lagi pemahaman aku terhapad konsep ilmu itu sebenarnya.

Monday, December 27, 2010

ketika di suatu hari..

Beberapa hari yang lepas, sewaktu drive kereta, dah tak tau nak pegi kemana, jd singgah la ke satu masjid. Teringat pula ceramah waktu isra' mikraj dulu, tentang falsafah yang tersirat pada kejadian israk mikraj itu. salah satunya ialah apabila kita hendak bermusafir atau melancong atau inggerisnya travelling, jangan sesekali lupa akan masjid. elok pula pada waktu itu kuliah sedang berjalan. Antara isi kuliah yang ingin saya kongsikan dan ingatkan kepada diri sendiri dan sahabat sahabiah adalah berkenaan dosa badan yang kita selalu ambil ringan.. perkara2 ini dirujuk dari kitab jawi melayu lama iaitu kitab salam mubtadi..

Sunday, December 19, 2010

dunia baru....

Kalau dengar bab dakwah, bab-bab yang berkaitan dengan menyuruh kearah perkara baik dan mencegah kemungkaran ni, mesti kebanyakan muslimin dan muslimat di luar akan berpaling dan menyatakan ini semua geng2 masjid yang buat.

Ana bukannya faqih sangat dalam bab ini, tetapi ana ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian. Ana juga bukannya lama sangat berkecimpung didalam dunia baru ni iaitu "DUNIA PENDAKWAH". tetapi dalam tempoh masa yang sedikit itu pun dah banyak pengalaman yang dapat dikongsi dengan rakan2 yang lain dalam melakukan penambahbaikan dalam gerak kerja kita, sebab banyak perkara yang kita tak sedar apa kita buat..