Sunday, March 29, 2015

Friday, November 16, 2012

ATOM - TEORI SUDAH LAMA DIKHABARKAN, TAPI...


Pada zaman dahulu, teori atominisme yang telah diketengahkan oleh seorang Greek bernama Democritus pada 2300 tahun dahulu telah dipakai oleh manusia. Mereka percaya unit paling kecil adalah atom. Walaubagaimanapun saintis pada abad ke-20 melalui hasil kajian mereka mengatakan zarah atom kini boleh lagi dipecah-pecahkan dan dibahagikan, Sebagai contohnya teknologi nuklear yang telah dibangunkan pada abad ini. Namun pada zaman Rasullullah, ilmu berkenaan perkara ini belum berkembang dan dipelajari di tanah arab. Oleh itu, benda yang paling kecil diketahui oleh umat di tanah arab pada ketika itu adalah biji sawi. Seperti di dalam firman Allah di dalam surah Az-Zalzalah ayat 7 dan 8..

(7).  Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar bijih sawi, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. (8).  Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar bijih sawi, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

Friday, September 21, 2012

Adakah kita Ikhlas?

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.


Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.

2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.

3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.

4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.

5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.

6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.

7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.

8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.

9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.

10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt.

Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi saw telah bersabda "3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab

1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas.

2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya.

3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"

Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahamtilah Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentiasa merasuk diri anda supaya mengkianati Allah Ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.
Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:

Thursday, August 2, 2012

Catatan Ramadhan..


Ramadhan berasal dari perkataan ramadh yang bererti panas. Bukan panas cuaca yang diketengahkan disini, tetapi hal yakni keadaan orang yang berpuasa itu sendiri. Apabila kita berpuasa, keadaan kita menahan diri dari makan dan minum sepanjang hari itu telah memyebabkan badan kita menjadi panas, terasa cepat untuk marah dan sebagainya. Jika di dalam ilmu perubatan, keadaan ini adalah diakibatkan daripada tindakbalas hormon adrenalin yang dirembeskan oleh badan yang akan menjadikan badan manusia itu terasa panas. Tambahan pula, badan kita juga akan mengalami sedikit dehidrasi akibat daripada kita menahan dari makan dan minum sepanjang hari. Tetapi, perkara ini amat baik untuk badan kita bagi melanjutkan lagi usia badan kita. Bukan umur yang dijadikan ukuran disini, tetapi kebolehupayaan badan kita berfungsi dengan tahap yang baik untuk meneruskan hidup.